Kes dera yang membawa maut di Kedah,mereka juga bersalah

by - Wednesday, December 19, 2012

Memula sekali kita sedekahkan Al-Fatihah buat Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar. Kalau sebelum kes ini kita digemparkan kes penderaan kanak-kanak berumur 3 tahun oleh bapak tiri dia kat Klang, siap ada video sebagai bukti, tu pun tak nak mengaku salah lagi. Baca kat SINI.
Memang sedih kalau baca berita yang disiarkan kat media arus perdana bila anak sekecil Faiz didera sedemikian rupa.
Memang teman selalu si ibu patut dikenakan tindakan sekeras-kerasnya, tapi bagi aku si IBU Faiz juga harus dihadapakan ke muka pengadilan dan harus dipersalahkan keatas musibah yang terjadi kepada allahyarham Faiz.
Kenapa aku kata macam tuh? Kalau mengikut laporan yang yang disiarkan sebelum ini dan yang terbaru di SINI, si IBU ada buat laporan polis yang anak dia didera oleh teman lelaki nih.
Dan pastinya dia tahu dan lebih mengetahuinya, jadi kenapa lagi dibiaq Faiz ditinggalkan dengan teman lelaki yang sudah diketahui sebagai PENDERA.
Malah ahli keluarga yang lain juga patut dipersalahkan kerana membiarkan Faiz terus didera walaupun depa tahun dan nampak kesan-kesan penderaan pada Faiz...
Mustahil kesan tumbukan,pijakan atau disiku tidak kelihatan sewaktu arwah bersama depa sehari sebelum tuh..
Mungkinkah Arwah Faiz masih hidup sekiranya mereka-mereka ini mengambil langkah pencegahan awal seperti yang sepatutnya dilakukan sama ada melaporkan kepada pihak polis atau pun talian Nur.
Aku cuma mampu bagi pendapat aku kat sini, biaq lah pihak polis yang menyiasat ke nih, tapi bagi aku dan aku tetap kata selain teman lelaki, si IBU dan ahli keluarga yang lain jugak HARUS DIPERSALAHKAN!!



~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998