Selamat Hari Lahir....

by - Monday, November 26, 2012

Andaikata
Aku menulis namamu di langit
Awan pasti akan menghapusnya...
Andaikata
Jika ku tulis namamu di pantai
Pasti ombak akan menghapusnya...
Biarlah
Aku tulis namamu di hatiku
Tiada siapa yamg mampu menghapuskanya

Lihat bayanganmu sendiri
Seperti itulah
Aku kan selalu ada untukmu…

Serius bila tiba time macam nih, serabut gila kepala hotak nak memikirkan apa yang harus diucap, apa yang harus dibuat atau apa yang harus diberikan.
Nak bermadah pujangga tak susah, cuma Google ja cari, tapi tak datang dari hati sendiri.
Nak berpuisi nak bercerpen beku dah kepala otak dok cari idea, tepu fikiran nak mulakan karangan.
Nak menyanyi kompem suara memang tak sedap...
So apa nak buat, nak bagi walaupun murah tetap bernilai,walaupun percuma biaq berharga
Wahai idea awat time nih tak mau nak mai...apa pun cuba try test jugak lah...

Walaupun ini bukannya datang dari idea yang mencurah tapi ianya tetap tulus ikhlas dari hati..

Antara bait-bait lirik Permata Untuk Isteri...



Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri…
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku
Dengan indahnya alunan bait-bait kata ini...
Aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir buat Isteriku Tersayang....
Bulan,bintang,intan mahupun permata tidak mampu dijanjikan...
Cuma sepotong doa yang mampu diberikan dihari lahirmu ini...

Ya ALLAH.. Dihari lahir isteriku ini.. rahmatilah isteriku ini, berikan kebahagiaan dan rezeki yang tidak putus-putus padanya. Kekalkanlah dan hadirkanlah kasih sayang dalam hatinya. Aku merayu agar Kau lindungi dia dari kejahatan yang lahir dari keburukan dan kelemahan insan dan juga dari ciptaanMu yang lain..

Happy birthday Umi!!!


~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998