PASANGAN SENSASI...Cuba baca dan paham dulu

by - Thursday, November 22, 2012


KATA AYAH PENGANTIN PEREMPUAN -
“Hanya Allah tahu perasaan saya... walaupun pahit demi untuk menjaga nama baik keluarga saya dan keluarga besan lebih baik saya mengahwinkan anak dengan lelaki pilihannya."

KATA PENGANTIN LELAKI - 
“Saya akan bertanggungjawab malah sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik,” kata Mohd Fahmi Alias, 19, yang berkahwin dengan Nor Fazira Saad, 13, di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu." - kata pengantin lelaki

KATA PENGANTIN PEREMPUAN - 
“Saya tidak kisah apa orang lain kata, penting perbuatan kami tidak salah, malah adalah lebih baik daripada kami terbabit gejala sosial,” katanya yang tidak bersekolah sejak menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tahun lalu. - kata pengantin perempuan

SEBABNYA - 

Bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, tindakannya mengahwinkan anak di usia muda kerana mahu menjaga nama semua pihak dan tidak mahu anaknya terjebak maksiat.
Katanya, dia membenarkan anak gadisnya itu berkahwin kerana Nor Fariza enggan pulang ke rumah dan mahu tinggal di rumah teman lelakinya. “Siapa tak sayangkan anak dan sanggup untuk mengahwinkan mereka dalam usia terlalu muda, namun saya terpaksa juga mengahwinkan anak saya walaupun usianya baru 13 tahun bulan depan.


KATA AKU... MORALNYA -
memang la jalan terbaik nikahkan saja dari depa dok buat maksiat, cuma contoh yang tak baik kat sini..yang si pompuan tuh gatal sangat sampai tak mau nak balik rumah...tak ka memalukan mak bapak.Kalau ya pun gedik sangat nak menikah tunggu la dulu bagi abis belajaq


~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998