Raihan,Rabbani hina agama lain???

by - Saturday, October 20, 2012

Kecoh pulak dah, Jaclyn Victor hina Islam.walaupun lagu yang dia nyanyikan tuh dah lama berada kat youtube sejak Januari la nih baru nak jadi isu.

 Seperti kata Jac dalam mStar  lagu Harapan Bangsa yang dinyanyikannya adalah salah satu bentuk sumbangan dan tanggungjawab untuk agamanya iaitu Kristian dan  dikhususkan kepada penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) turut mendakwa Jac telah menghina Islam gara-gara menyanyikan lagu yang mengandungi konotasi agama yang berkaitan dengan agama Kristian

Dan menteri jugak mintak Jakim siasat..

Kamon lah, 

Malah Norman Kru juga mengatakan perbuatan Jac bukanlah satu kesalahan untuk dia menyanyikan lagu agama yang dianutinya walaupun dalam apa juga bahasa sekalipun.

So kita tak perlu perbesarkan isu yang kecik nih cuba rasional sikit.

Kita ada kumpulan dan penyanyi nasyid dan demam nasyid pernah melanda negara kita satu ketika dulu.

Malah Raihan pernah membuat konsert dibeberapa buah negara luaq, tak pulak depa kata hina agama depa.

Raihan pun pernah menyanyi lagu nasyid dalam bahasa lain, ada tak orang kata agama depa terhina

Kalau tengok dari sudut politik maka politik lah jadinya...benda yang mudah macam ni tak perlu nak perbesaqkan, kata 1 Malaysia. Jadi perlulah ada tolak ansur sikit, lain lah kalau dia menyanyi lagu dia ajak orang Melayu murtad then itu dah tentu jadi ISU!!!



~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998