Menteri dah bagitau...BR1M dapat Januari

by - Wednesday, October 24, 2012

Kepada yang pernah merasa bantuan nih dan masih lagi layak nak dapat BR1M nih,tak perlu isi borang lagi.
Depa kata tunggu ja surat sampai macam tahun lepaih.
Kepada yang baru nak merasa BR1M ni terutama yang bujang, tunggu borang keluaq bulan November nih, kalau layak mohon lah...kalau tak layak rasa nak mohon jugak tak sapa larang ada rezeki dapat tak dak rezeki tak dak la....
Kerajaan menjangka akan mengagihkan bahagian pertama Bantuan Rakyat Satu Malaysia Rakyat 2.0 (BR1M 2.0) sebanyak RM500 pada Januari tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Beliau berkata, borang permohonan akan disediakan kepada pemohon yang layak bulan depan.

Dengan pengalaman yang diperolehi daripada pembayaran BR1M pertama, Kerajaan percaya bahawa ia boleh memuktamadkan data penerima bantuan tunai dalam tempoh dua bulan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Cocoon Alorie Wellness Resort di sini, pada Rabu.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BRIM 2.0 semasa membentangkan Bajet 2013 di Parlimen pada 28 Sept.
Orang dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3, 000 sebulan adalah layak untuk bantuan satu kali RM500 tunai.
~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998