Bro Mazidul kata RM1 sorang dapat membantu

by - Tuesday, October 09, 2012

Yang pasti ini bukan Mazidul Akmal Sidek tetapi kamal Affendi Hashim penganalisis jenayah terkenal.

Berdasarkan entri Bersama Mazidul di SINI penganalisis ini berada dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan atau ertikata lain sedang sakit.

Untuk melakukan pembedahan segera beliau memerlukan RM38000 lagi...

Dan memetik entri tersebut :-

Bilangan penduduk Malaysia kini lebih 28 juta orang. 
Jika saya mengandaikan jumlah itu lebih kecil, 38,000 dan setiap daripada kita menyumbang RM1, Kamal bakal berpeluang dibedah dalam tempoh terdekat.
Izinkan Kamal terus berceramah untuk memastikan masyarakat kita berada dalam keadaan lebih selamat.
Pembaca budiman ...
Sila sebarkan kandungan entri ini secepat mungkin, semoga misi ini berjaya dilaksanakan.
Akaun Kamal Affandi Hashim, Public Bank 4007 85 2927 dan dalam keadaan terkini beliau tidak mempunyai masa untuk membuka akaun di bank lain. Melalui pengalaman terdahulu, Maybank  menyekat akaun sekiranya lebih 20 transaksi berlaku dalam tempoh 24 jam.
Mewakili Kamal, saya mengucapkan terima kasih kepada semua sudi membantu.
Bersama Mazidul

~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998