Memang aku kan terkejut KALAU

by - Thursday, September 06, 2012

Aku akan terkejut malah bukan saja aku mungkin hampir kesemua peminat bolasepak akan terkejut,
Mungkin juga Kayu Nasik Knadar akan bagi makan free kat semua cawangan, bukan saja setakat Baskin Robbin mungkin jugak KFC mahupun McD akan bagi makan free jugak kat kita.
Tapi tuh semua impian yang tak mungkin jadi kenyataan. Cuma naik satu anak tangga dalam ranking FIFA!! Bukan naik 100 takpun sebusuk-busuknya berada dalam 100.
Sedangkan Palestin negara yang bergolak dengan peperangan pun berada diranking yang lebih baik dari Malaysia yang mempunyai liga dan kemudahan sukan yang boleh dikatakan lengkap dan baik.
Tak betul ka? Palestin pernah ka anjur temasya sukan yang besar macam sukan SEA? Komanwel?


Skuad Harimau Malaya naik satu tangga ranking Fifa
Kekurangan perlawanan persahabatan antarabangsa sejak beberapa bulan lepas tidak memberi impak besar ke atas kedudukan skuad Harimau Malaya dalam peta bola sepak dunia.

Berdasarkan ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) hari ini menunjukkan skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu naik satu anak tangga pada kedudukan ke-156 dunia berbanding ke-157 yang diraih bulan lepas.

Kedudukan itu, bagaimanapun disifatkan masih buruk pada tahun ini selepas menghuni tangga ke-148 pada Januari, 150 (Februari), 152 (Mac), 156 (April), 153 (Mei), 154 (Jun) dan ke-157 pada Julai dan Ogos.

Menerusi kedudukan terkini itu meletakkan skuad Harimau Malaya termasuk dalam kelompok negara-negara seperti Palestin yang berada pada kedudukan ke-151, Kepulauan Solomon (153), Kepulauan Faroe (154), Fiji (155) dan Lesotho (157), yang diketahui umum kekurangan kemudahan asas bola sepak seperti padang dan peralatan sukan.

Dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Malaysia kekal di tempat keempat di belakang Thailand (131), Vietnam (146) dan Filipina (150).

Di peringkat Asia, Malaysia naik satu anak tangga pada kedudukan ke-25 dari 46 negara.

Sementara itu, juara Euro 2012, Sepanyol terus mengukuhkan kedudukan selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,617 mata.

Jerman turut mengekalkan kedudukan sebagai pasukan kedua terbaik dunia dengan mengumpul 1,437 mata diikuti England yang mengutip 1,274 mata.

Kedudukan ranking itu merangkumi keseluruhan 209 buah negara


~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998