Sekeping roti canai....lebih dari harga tepung sekilo
Gila!! tak boleh diterima langsung penjelasan Exco tuh, kat Penang pun tempat tumpuan pelancong jugak roti canai sekeping pun RM1. nih roti ada saiz pulak kecik besar, dah tuh kecik besar pun lebih harga tepung gandum sekilo... agak-agak la kalau ye pun nak cepat kaya Ini kata pembeli yang terkena:
Tidak masuk akal jika sekeping roti canai kosong dijual dengan harga RM1.80 sedangkan selama ini saya biasa beli dengan harga RM1 sahaja,” luah seorang pengguna yang terpaksa membayar lebih ketika membeli roti canai di salah sebuah restoran di bandar ini.
Ini kata Exco yang ada kena mengena:
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar mengakui harga makanan di negeri ini mahal seperti yang diadukan pengunjung luar.
Menurutnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan harga makanan mahal di Terengganu berbanding di negeri lain.
“Dari segi kedudukan, Terengganu lebih jauh dengan Kuala Lumpur malah Terengganu terkenal aktiviti pelancongan. Secara umumnya, kawasan yang terlibat dengan aktiviti ini harga makanannya mahal sedikit.
p/s: pi redah dalam google tak pun dalam sinar online
~mRuSeZ~
0 BeLoQeR
Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998