PYB aka Bas Kuning yang lenyap dari muka bumi Penang!!

by - Thursday, August 16, 2012

Zaman dolu-dolu seingat aku lah bas-bas ni semua park kat depan Komtar yang la nih jadi tapak Prangin Mall yang tersergam indah.kat situ bukan setakat stesen bas, tapi kira macam-macam ada, ada bazar, ada orang jual makan minum ada yang jual buah. 

Sebelum semua bas berpindah untuk beroperasi kat tapak Penang Sentral sekarang nih, semua bas tiga kaler utama Kuning,Biru dan Hijau semua beroperasi kat situ lah tak termasuk bas MPPP yang beroperasi kat Jetty. jadinya kalau dulu nak pi Jetty nak naik Ferry kena naik bas lain pulak tau bukan satu bas ja macam la nih. Meh kita ushar tengok yang dah lenyap kat penang nih
First sekali Penang Yellow Bus (PYB), orang Penang kalau depa kata bas kuning. PYB nih diwujud sejak sebelum merdeka,sebelum aku dilahirkan sebelum zaman internet lagi oleh Boon Siew pada tahun 1948 dan ditutup operasi pada tahun kalau tak silap 2005 atau 2006


 Kira kenderaan rasmi untuk orang orang yang duduk dari Komtar ke bawah yakni sampai ke Balik Pulau dan dari Balik Pulau ke Teluk Bahang kena naik dari stesen Balik Pulau.Gambar ataih nih bas baru yang otai nya kat bawah tu
 Bas PYB yang memula tuh rupa bentuk dia lebih kurang macam nih lah, kalau nak tengok yang betoi kena google lah kut...pasal susah gak nak dapat tau
Yang nih PYB version dah upgrade sikit.Cuba lah tanya orang-orang yang mengaku dia OTAI kat Penang kalau tak pernah merasa naik PYB nih toksah sembang la.

Dulu naik bas smoke free, any time boleh hisap rokok tak kira la budak sekolah ka,orang kerja ka semua main redah ja pasal mana ada aircond.Kalau tak silap number bas PYB nih 66 pi Balik Pulau, 69 pi Batu Maung, 82 pi Gelugur, 78 pi Gertak Sanggul, 83 pi airport...kalo silap tolong repair balik  Last bas selalunya pukul 12 tengah malam bas akan ke Balik Pulau tapi pasal last bas semua route dia redah.

Banyak kenangan kalau sapa pernah merasa naik PYB nih, nak pi sekolah,nak pi kerja,nak pi dating semua naik PYB. Nak luah perasaan nak lepas geram bas nih jugak jadi mangsa. Nak bergaduh nak bertumbuk dalam bas pun boleh tak termasuk nak beromen geli-geli.

Lepas bas stand bawah Komtar seperti yang sedia ada sekarang nih siap semua kompeni kena pindah ke jetty,stesen Prangin jadi transit sementara ja sebelum construction Prangin Mall mula.

PYB mula merudum teruk kalau tak silap bila mula bersaing dengan bas Mini yang beroperasi kat Penang.
PYB sempat jugak tukaq nama ke Milan sebelum terus lenyap ditelan arus pembangunan sama jugak dengan Milan

 p/s: apa pun PYB atau Bas Kuning tak kan lenyap dari ingatan depa yang pernah merasai jasanya!!!

~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998