Kita nak balik orang pun nak balik jugak!!

by - Tuesday, August 14, 2012

Jadi apa salahnya kalau kita cuba ikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh Plus


Sila ikut TTA
KUALA LUMPUR: Syarikat konsesi Lebuhraya Utara-Selatan, Plus Expressways Berhad (Plus) menjangkakan 1.4 juta kenderaan menggunakan lebuh raya itu sempena cuti Aidilfitri nanti, berbanding 1.1 juta kenderaan pada hari biasa.

Ketua Pegawai Operasinya, Mohammad Fuad Khusairi berkata, peningkatan jumlah kenderaan itu menunjukkan kesesakan aliran trafik akan berlaku, namun pihaknya menasihatkan orang ramai mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan bagi melancarkan perjalanan mereka.


“Kami menjangkakan orang ramai di Lembah Klang akan mula bergerak ke kampung masing-masing pada 17 dan 18 Ogos (Jumaat dan Sabtu) ini.

“Justeru, berdasarkan jadual TTA, kami menasihatkan orang ramai yang menuju ke Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Johor supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 12 tengah hari. Manakala pengguna yang menuju ke Kuala Kangsar, Changkat Jering, Taiping dan Melaka dicadangkan memasuki lebuh raya jam 12 tengah hari hingga 3 petang,” katanya pada sidang media, semalam.


Mohammad Fuad berkata, bagi orang ramai yang menuju ke destinasi yang lebih hampir dengan Lembah Klang, mereka disarankan supaya memasuki lebuh raya lebih lewat.


“Peningkatan jumlah kenderaan ini dapat dilihat bermula Jumaat hingga Sabtu ini dan juga 21 hingga 26 Januari iaitu selepas perayaan berlangsung,” katanya.

Katanya, jadual TTA kali ini juga merangkumi perjalanan orang ramai pada cuti Hari Kemerdekaan.


Katanya, rebat tol melalui sistem pembayaran elektronik sebanyak 30 peratus pada 15, 16, 22, 23 dan 31 Ogos juga diharapkan menggalakkan orang ramai bergerak pada luar waktu puncak.

Mohammad Fuad berkata, pengawasan dan pemantauan lebih tertumpu kepada enam hari kemuncak dengan lebih 3,000 kakitangan ditugaskan bagi memudahkan segala urusan perjalanan di musim perayaan ini.


Katanya, sepanjang tempoh itu, 683 anggota Rela bertugas membantu pengurusan trafik di plaza tol dan kawasan rehat, selain turut dibantu 432 anggota daripada pasukan kecemasan termasuk bomba, polis serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).


Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 atau melayari laman twitter untuk mendapatkan maklumat terkini di alamat www.twitter.com/plustrafik.
~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998