Kita akan beraya dalam panas terik?

by - Tuesday, August 14, 2012

Panas dan kering sehingga Oktober nih, ni bermakna kita akan menyambut hari raya dalam keadaan panas terik la. Tapi jangan pulak tinggalkan payung dirumah, sebab tahun lepas pun macam nih jugak memula tuh panasa terik tak mau-mau tapi dalam terik panasa tuh hujan lebat turun takut basah lencun pulak baru raya yang pelbagai fesyen yang digayakan tu


Cuaca panas, kering sampai Oktober
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan keadaan panas dan kering di rantau ini berpanjangan sehingga Oktober depan.

Berikutan itu, orang ramai dinasihat tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka bagi memastikan status kualiti udara di seluruh negara berada pada tahap sihat.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataannya semalam menyebut terdapat beberapa kebakaran kecil di negara ini yang menjadi punca kemerosotan kualiti udara setempat seperti di belakang Taman Sains Selangor di Cyberjaya, Jalan Kebun dan Johan Setia, Klang serta berhampiran Lebuh Raya Kesas.

Punca kemerosotan juga disebabkan 42 hektar tanah gambut yang masih berasap di kawasan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS), Bestari Jaya.

JAS berkata, Perintah Larangan Pembakaran Terbuka bagi Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Tudan, Permai Jaya dan Kuala Baram di Miri, Sarawak masih berkuat kuasa.

Menurutnya, kemerosotan kualiti udara di pantai barat Semenanjung Malaysia sejak kelmarin berpunca daripada pencemaran jerebu yang merentasi sempadan.

~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998