WOW 3 "nite market" di Bandar Perda

by - Monday, July 30, 2012

Semperna dengan musim perayaan atau lebih tepat lagi Hari Raya Aidilfitri ni, peluang untuk menghabiskan duit boleh dilakukan di Bandar Perda.Bukan saja ada AEON kat area situ tapi ada 3 nite market dikawasan yang sama  tahun ini


Lokasi Pertama - Ditempat selalu bersebelahan dengan Petronas berhadapan dengan Nasmir Nasi Kandar.
Dan seperti biasa tempat nih akan menjadi tumpuan ramai, sebab gerai dah semakin panjang,dari lorong belakang Petronas sampai ke depan McD dah pun.

Special kat sini selain dari kelengkapan raya seperti baju kurung,baju melayu dan sebagainya, ada  LEVIS Original GRED A "hongkong copy" .
Kalau tanya harga, semua standard harga butik atau kedai baju kat AEON Perda ja...Kat mana yang murah sampai orang sakan punya shopping tak tau la.
Yang murah t-shirt immtimate macam jenama sukan terkenal tu murah la sehelai RM10 jerk
Kalau hujung minggu parking RM2 kena bayar, walaupun tempat parking tuh free time malam.Kalau hari biasa sebelum-sebelum nih tak pulak kena bayaq pun!!
 Lokasi Kedua -  Ditapak letak kereta berhadapan dengan LHDN / TNB.
Barangan yang dijual pun lebih kurang jerk dengan kat Uptown Perda tuh cuma ditempat nih dibukak dari siang la manakala yang diatas cuma beroperasi dari petang ke awal pagi

Lokasi ketiga pula cuma dibelakang bangunan nih je tak jauh mana pun.Tah sapa punya idea genuis yang pi buat tak tau la...

Cuma yang masih ternanti-nanti bila agaknya UPTOWN d'BAYAN BARU akan beroperasi.
Tapak yang terletak ditanah lapang bersebelahan dengan hotel Seri Malaysia, kalau mengikut banner sepatutnya awal bulan Julai hari tuh tapi sampai esok lusa nak masuk Ogos pun tak nampak macam akan beroperasi.Khemah semua dah pacak pun

~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998