Siapa yang menipu sebenarnya?

by - Friday, July 27, 2012

Bebaru ni dalam berita di TV3, ada pasal tiket balik raya disiarkan. Siap wartawan buat tinjauan lagi kat kaunter tiket bas, stesen keretapi dan interview orang.
Tapi kalau ada statment dari pihak berwajib kata BAS TAMBAHAN BANYAK, BERMAKNA TIKET BAS TAK HABIS lagi lah.

Jadi siapa yang menipu kat sini? Wartawan tuh menipu untuk dapatkan berita,TV3 nak naikkan rating atau kerani kaunter tiket bas tuh menipu kat wartawan?
Orang yang beratur beli tiket yang diinterview pun mungkin dapat tiket free kut pasal buat cover story kata tiket nak habis or depa dapat tiket pun hujung-hujung ja?

Bas tambahan raya banyak
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menasihatkan orang ramai tidak panik berikutan ada laporan tiket bas ke Pantai Timur untuk sambutan Aidilfitri, habis dijual.

Permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) untuk bas tambahan sempena perayaan masih dibuka kepada pengusaha di seluruh negara, membolehkan mereka menggunakan bas sekolah, bas pekerja, bas catar, bas persiaran atau bas henti-henti sebagai tambahan.
Pengerusi SPAD, Tan Sri Hamid Albar, berkata setakat ini pihaknya baru menerima lebih 100 permohonan LPS sejak permohonan dibuka 16 Julai lalu dan akan berakhir 10 Ogos ini.
SPAD tidak menetapkan jumlah untuk LPS dikeluarkan, cuma tidak boleh untuk bas lebih 12 tahun atas faktor keselamatan. Tahun lalu, lebih 2,000 LPS dikeluarkan, katanya pada majlis berbuka puasa SPAD bersama media, di sini malam tadi.

Katanya, suruhanjaya itu menetapkan beberapa peraturan baru untuk LPS kali ini termasuk melarang penggunaan bas berusia tujuh hingga 12 tahun untuk jarak perjalanan lebih 300 kilometer.

Perjalanan lebih 300 kilometer hanya untuk bas tujuh tahun ke bawah, itu pun pemandu mesti berhenti rehat setiap empat jam katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan tiket bas ke Pantai Timur habis angkara pihak tertentu yang membeli semua tiket untuk dijual semula pada harga lebih tinggi. 
~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998