RVP ke Mancheter United?

by - Tuesday, July 31, 2012


van Persie akan berganding dengan Rooney di MU? Pasti menarik nih


Peledak berbisa Arsenal, Robin van Persie (gambar) dilaporkan bersedia menyarung jersi Manchester United.

Bagaimanapun, ia hanya akan menjadi kenyataan sekiranya Persie menerima gaji lumayan seperti mana penyerang United, Wayne Rooney.

Ketika ini, Rooney dilaporkan menerima gaji sebanyak £220,000 (RM1.08 juta) seminggu.

Persie pula dilaporkan telah menolak kontrak baharu tiga tahun yang merangkumi gaji sebanyak £130,000 (RM639,000) seminggu yang telah ditawarkan The Gunners baru-baru ini.

"Persie hanya akan menyertai United jika menerima gaji yang sama se- perti Rooney," dedah satu sumber.

Selain United, Persie turut berada dalam radar Juventus dan Manchester City.

Pengurus City, Roberto Mancini sebelum ini mengakui kecewa kerana sukar mendapatkan khidmat Persie gara-gara faktor kewangan.

Selain itu, Mancini juga dilaporkan perlu menjual beberapa penyerang jika berhasrat membawa masuk pemain Belanda itu ke Etihad.

"Ketika ini, Persie merupakan pemain Arsenal. Tetapi jika berpeluang, sudah tentu kami mahu mendapatkan khidmatnya," tegas Mancini.

Ketika ini, Roque Santa Cruz dan Emmanuel Adebayor hampir pasti dijual sebelum musim baharu bermula manakala Edin Džzeko dan Carlos Tévez juga berpotensi diletakkan dalam senarai perpindahan jika The Citizens benar-benar mahu mendapatkan khidmat Persie
~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998