Menjelang Ramadhan nih

by - Thursday, July 19, 2012

Aku teringat zaman dulu-dulu,bila hari orang tengok anak bulan ramadhan pada sebelah petang tuh sebelum maghrib dah mandi siap pakai baju dengan songkok sekali, kalau hari biasa jangan harap la nak macam tuh,silap-silap dekat isyak baru teringat nak balik rumah.
Lepas tu tunggu depan tv ramai-ramai, nak tunggu pakcik duduk sandar atas kerusi besar buat pengumuman. Dalam hati dok dup dap dup dap esok puasa ka tak, mak abah pun sama benda untuk dimasak semua dah ready cuma nak masak dengan tak masak je
Kalau pakcik tuh kata anak bulan kelihatan, apa lagi dapat lesen besaq la keluar rumah dengan member, alasan terawih dengan agenda tersembunyi, mak abah pula terus ke dapur siap la apa yang patut untuk juadah bersahur.

Kalau pakcik tu kata anak bulan tak kelihatan, puasa jatuh pada ari kemudiannya, salin baju balik, frust tak boleh keluar malam lagi.

Well itu semua dulu,ada element suprise setiap kali nak sambut puasa, sekarang mana ada dah.Sambut puasa dengan raya sama saja, orang ikut kalendar ja tak tunggu dah orang tengok anak bulan.
Pakcik duduk atas kerusi besar tuh pun dah bertukaq, pengumuman pakcik tuh pun sekadar cukup syarat saja la ni untuk orang-orang zaman sekarang..
Kadang teringat balik....best wooooooooooooooooooooo jadik budak-budak, meriah giloazzzzzzzzz
apa pun sama ada esok atau pun lusa...selamat berpuasa

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998