Kalau bukan kerana Nazmi Faiz

by - Friday, July 27, 2012

Bukan aku saja, malah boleh dikatakan ramai lagi yang  mengaku kaki bola, peminat bola, die hard fan sekali pun pasti tidak akan mengambil peduli kalau berita ni keluar kat paper.
Dan aku cukup pasti,kalau keluar kat paper pun cuma dalam ruangan yang kecil atau pun diselitkan diantara berita.

Tidak seperti EPL,La Liga,Seria A atau pun Lique1,kalau liga dari Portugal pun yang familiar dengan kita ialah FC Porto, Benfica tapi SC Beira-Mar, yang pastinya sekarang baru kita semua sedar yang pasukan nih wujud!!
Dah tak payah nak kelentong kata "aku memang follow liga Portugal"
Kenapa aku kata kelentong?
Kalau hang pa tengok kat TV tak kira 1 sampai 9 ka,atau yang mampu bayar untuk siaran yang sentiasa ulang tayang macam Astro, ada tak live game liga dari Portugal???
Ada tak sapa-sapa yang sanggup bersengkang mata lepak depan tv atau pun nak penuhkan kedai-kedai mamak 24 jam untuk tengok liga Portugal..
Kirim salam!!
Jadi terima kasih la kat Nazmi Faiz

SC Beira-Mar juara Piala Fornos
Kelab divisyen satu Portugal, SC Beira-Mar yang disertai bintang muda negara, Nazmi Faiz Mansor dinobatkan sebagai juara Piala Fornos de Algodres selepas menewaskan Oliveirense menerusi penentuan sepakan penalti, kelmarin.

Perlawanan penuh sengit sehingga kedua-dua pasukan terikat sehingga 90 minit perlawanan, menyaksikan SC Beira-Mar nyaris kecundang apabila pasukan lawan menerima sepakan penalti tetapi gagal disempurnakan.
SC Beira-Mar menggunakan keseluruhan pemain kecuali Rui Rego Cintra James yang mengalami kecederaan dan jurulatih, Ulisses Morais berasa pasukannya berada dalam posisi selesa terutama ketika bertahan dan pada masa sama mampu menghasilkan jaringan.

Dengan kemenangan itu, Beira-Mar berjaya menjulang trofi oven Algodres dan skuad dari Portugal itu kini berada dalam jadual pra-musim sehingga Sabtu ini.

Nazmi yang dihidu bakatnya menerusi Marco Guimaraes, berlepas awal bulan lalu ke pentas Eropah untuk tempoh tiga musim bersama kelab divisyen Satu Portugal itu. 


~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998