Jom bayar zakat fitrah guna SMS

by - Monday, July 30, 2012

Masa untuk membayar zakat fitrah!! Dan kita tiada lagi alasan utnuk tidak membayarnya. seperti sebelum-sebelum ini ramai yang mungkin "LUPA" untuk menunaikan kewajipan masing-masing sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk tanggungan.


Malah ada yang hanya teringat disaat-saat akhir iaitu dipagi hari raya. Time tok imam,amil sibuk nak prepare untuk sembahyang sunat aidilfitri, time tu lah jugak depa berduyun-duyun nak pi bayaq zakat fitrah.

Rasanya dulu-dulu memang betui cuma di surau atau pun di masjid, tapi bila dunia semakin maju, Amil-amil ditempatkan di setiap ceruk rantau.Ada yang diletakkan di pusat membeli belah,pasaraya,pasar basah serta pasar ramadan.

Ok kalau yang tuh semua susah jugak guna online payment. Kalau alasan tak dak internet ok tak pa, ada lagi alternatif lain iaitu bayar guna SMS tapi guna SMS cuma terhad kepada pengguna Maxis dan Celcom saja la buat masa ni.
Ok kalau guna cara yang biasa pasti ada ijab dan qabulnya, kalau terlupa cuba tengok bawah nih,sekurangnya boleh la refresh ingatan maklumlah setahun hanya sekali jugak bayar.
Tak perlu nak hafal pasal kat meja-meja amil nanti akan ada ijab dan qabul nih.


Kalau yang guna SMS (Maxis dan Celcom) ikut langkah-langkah ni:

Penggunaan kemudahan ini adalah PERCUMA. Berikut adalah kaedah membuat bayaran menggunakan SMS.
1. CELCOM : Taip FITRAH dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya atau layari http://mfitrah.celcom.net.my/mfitrah/
2. MAXIS : Taip *222*3# dan tekan DIAL serta ikuti arahan seterusnya atau layari http://www.maxis.com.my/mzakat/
Resit pembayaran juga boleh dicetak melalui lawan web tersebut
Pembayaran hendaklah dibuat sebelum 18hb. Ogos 2012. Pembayaran hanya diterima sehingga 29 Ramadan 1433 Hijrah sehingga jam 6.00 petang sahaja untuk mengelakkan talian terlalu sibuk pada malam hari raya.

~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998