D'Herbs siapa punya idea nih???

by - Wednesday, July 25, 2012

Marketing strategi rupanya yang depa nih cuba buat selain akan mendapat promosi free kat blog,FB atau media social yang lain.

Tak percaya? Cuba tanya blogger yang pernah post akak pakai gegelang cinta kat blog depa, berapa hits untuk entry tuh? Itu pada seorang blogger, Kalau 10 kalau 100 kalau seribu dah tentu banyak kan

Itu belum lagi diambil kira kalau di post kat facebook, memain tag gambar kat kengkawan, download upload balik ke FB,
Kalau blogger selalu akan link ke FB Group ataupun fanpage,Twitter link pulak lagi dengan network blog dan sebagainya...
Kalau dicampur ditolak dibahagi sebenarnya kita telah pun dijadikan SEBAHAGIAN dari alat untuk membuat promosi produk D'Herbs nih

Dari satu segi memang semua iklan syarikat nih boleh dianggap "lucah" yang tidak sepatutnya dikeluarkan dimajalah atau pun banner perniagaan,
Ayat seperti
"Saya kekal bergetah, ketat, dan awet muda walaupun sudah melahirkan anak ke-4." memang tertera pada iklan tersebut. Biarpun begitu, kata-kata tersebut juga tidak sesuai untuk paparan umum. Apa tafsiran remaja dan kanak-kanak apabila membaca ayat atau frasa tersebut?
pasal susah mak bapak nak menjawap kepada anak-anak yang dah reti membaca tapi belum begitu memahami.
Tapi dari segi pemasaran perniagaan TAHNIAH lu memang berjaya mengekloitasikan iklan-iklan lu orang


~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998