ALZA ADVANCED VERSION

by - Thursday, July 19, 2012

Perodua Alza Advanced Version 2012 | Perodua telah mengeluarkan model upgrade Alza kepada Alza Advance Version yang menampilkan lebih banyak ciri-ciri unik dari model sebelumnya. Ditawarkan dengan harga bermula dari RM 69,503.50, Alza Advanced Version pastinya memberikan lebih kepuasan kepada pemiliknya.
Perodua Alza Advanced Version disiapkan dengan bodykit yang erodinamik dan menampaknya MPV ini lebih sporty. Ia juga dilengkapi dengan sistem multimedia yang lebih canggih dengan sistem navigasi bersama skrin sesentuh dan juga adanya kamera belakang (reverse camera). Selain itu Alza Advanced Version juga disediakan TM Wifi Hotspot Locator yang dikuasakan oleh Telekom Malaysia.
Banyak lagi kelebihan Alza Advanced Version dan anda disarankan berkunjung ke ruang pameran Perodua berdekatan untuk saksikan sendiri kelebihan dan kehebatan kelahiran baru Perodua Alza Advanced Version ini. Sebelum itu anda juga boleh muat turun maklumat Alza Advanced Version menerusi link brochure Alza Advanced Version.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998