Sumatera bergegar lagi...

by - Saturday, June 23, 2012

Patut la tadi orang rumah telephone bagitau, rasa bergoyang ja rumah, kompius jugak la aku tadi sebabnya bukan ada tanda-tanda nak hujan ribut, nak tambah jerebu lagi ada la.
Rupa-rupanya ada gempa bumi kat Sumatera tadi, dalam pukul 12.30 tadi, patut la kat rumah rasa bergoyang.Apa pun harap semua selamat lah hendaknya...

Gempa Bumi Kuat 6. 5 Skala Richter Gegar Utara Sumatera
KUALA LUMPUR: Gempa bumi dengan kekuatan 6.5 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia pada pukul 12.34 tengah hari Sabtu.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan pada Sabtu melaporkan, pusat gempa itu terletak di 118km barat daya Medan, Indonesia, dan 375km di barat daya Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Menurut jabatan itu, gegaran turut dirasai di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan.- Mstar

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998