Mark Zuckerberg tukaq email aku???

by - Wednesday, June 27, 2012

Dahsyat gak Facebook nih,depa boleh tukar 900 juta user punya email ke @facebook.com. 
Tapi jangan terkejut lah kan nampak saja susah tapi senang je, macam function "find and replace" je.
Tapi kecoh jugak la kat luaq sana pasal ramai yang tak puas hati coz kalau ada yang nak hantaq email kat kita bila search kat facebook, akan jadi macam depa PM ke inbox je.
FORBES pun kecam jugak benda baru kat Facebook nih, depa kata "presumptuos"
Tengok lah tranlate kat bawah tuh kalau tak sure apa maksud dia...hehehe

Maybe ada kebaikan dan keburukan so nak hentam pun tak boleh nak komplen pun susah,pasal dia bagi platform free tak kena bayaq
So ikut suka dia la apa dia nak buat, kalau tak suka dengan function yang dia bagi, kita just opt out dari facebook and delete je account kita.
Tapi apa pun depa bagi gak step untuk menukaq balik ke e-mail asal kita..
 So kalau buka facebook tengok dah bertukaq dari email sendiri ke email facebook,follow je step kat bawah nih....jangan kecoh-kecoh bukan susah sangat pun


Facebook ubah alamat e-mel penggunanya

NEW YORK: Jika anda tidak melihat maklumat kawan Facebook anda untuk seketika, ia mungkin akan mengejutkan anda.

Rangkaian sosial dengan 900 juta profil itu telah mengubah alamat e-mel penggunanya dan menggantikannya dengan alamat yang berakhir dengan ‘@facebook.com.’ Perubahan itu berlaku semalam apabila setiap akaun e-mel peribadi individu digantikan dengan alamat yang dirasakan Facebook akan digunakan anda. Ini bermakna sesiapa yang mencari anda di Facebook dan ingin menghantar e-mel kini boleh melihat @facebook.com atau anda menukarnya secara manual.


Ini bermakna e-mel itu akan muncul melalui mesej Facebook dan bukan akaun lain. Facebook mendakwa perubahan itu bagi melindungi privasi pengguna dan keselamatan dengan tidak memaparkan alamat e-mel peribadi tetapi alamat e-mel laman itu yang lebih umum.

Jurucakap Facebook berkata: Sebagaimana kami mengumumkan April lalu, kami mengemas kini alamat di Facebook bagi menjadikan ia konsisten dengan laman kami.


“Sebagai tambahan, setiap individu menerima alamat, kami juga membuat reka bentuk baru yang memberi pengguna pilihan untuk memutuskan alamat mana yang mereka ingin paparkan.” - DM

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998